Saturday, 4 February 2017

Filled Under:

ALLAH! JIRAN BONGKAR CERITA SEBENAR YG BERLAKU! RUPANYA INI yang berlaku pada SI IBU SEBELUM BUNUH ANAKNYA

ALLAH! JIRAN BONGKAR CERITA SEBENAR YG BERLAKU! RUPANYA INI yang berlaku pada SI IBU SEBELUM BUNUH ANAKNYA




Punca seorang ibu sanggup kelar bayinya sendiri yang berusia 2 bulan di kuarters tentera di Kok Lanas semalam masih lagi menjadi tanda tanya dan misteri. Nur Kamelia Kamaruzzaman, 20 sepupu mangsa mendedahkan terakhir kali berjumpa mangsa, dia dilihat manja, manakala ibunya tidak menunjukkan sebarang sikap yang pelik. Sementara Ibu wanita berkenaan, Meriam Ismail, 56, berkata bisikan tersebut telah menyuruh Fadhilah supaya membunuh anaknya.

“Fadhilah beritahu saya, suara itu menyuruhnya menutup Nur Areesa Sofea Jiry, 2, (mangsa) menggunakan bantal. “Bukan itu sahaja, suara tersebut juga menyuruh Fadhilah mengelar anaknya itu menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jal Kechik di sini semalam. Untuk maklumat umum berikut adalah kronologi kejadian,yang diceritakan salah seorang yang tinggal di kem tersebut.

Kronologi ibu kelar bayi berusia 2 bulan. Sebelum kejadian berlaku pada jam 2.45 petang semalam Suspek menyuruh suaminya untuk membelikan roti ke kedai,karena dia tak pernah membiarkan anak dia membeli tanpa pengawasan. Pada hari kejadian suspek dilihat seperti dirasuk dan menyuruh dua anaknya lagi untuk keluar. Anaknya melihat ibunya turun kebawah sambil menelefon ayahnya dan menyuruh ayah tiga beradik itu untuk menghubungi polis dengan segera.

Suami yang terkejut dan bertanya apa yang mahu direpot,risau dengan hal itu beliau segera bergegas balik kerumah. Jiran yang perasan dengan suara bising tersebut,terus ke rumah suspek dan melihat mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan terus memaklumkannya kepada pihak polis.

Suami yang sampai dirumah terkejut selepas melihat anaknya yang berusia 2 bulan sudah meninggal dengan kesan kelar pisau dileher kiri.Suaminya terus memanggil pegawai lain selepas membuat laporan polis. Menurut saksi yang turut berada di kem tersebut berkata suspek ada bagitahu jirannya sahaja bahwa dia selalu mendengar bisikan ditelinga yang menyuruh untuk membunuh mangsa.

Katanya lagi blok yang diduduki suspek adalah blok lama dan duduk berseorangan ditambah lagi suspek yang baru sahaja lepas berpantang. Kemungkinan besar apa yang di buat oleh suspek bukanlah dalam keadaan sedar.katanya. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di tanah
perkuburan Kampung Jal Kecik.

*****************************************

Ibu yang dipercayai membunuh bayinya berusia 82 hari dikatakan pernah mengadu kepada jiran dia terdengar bisikan menyuruh membunuh anaknya. Sepupu mangsa, Nur Kamelia Kamaruzzaman, 20, berkata suspek pernah mengadu kepada jirannya dia terdengar suara berbisik menyuruh membunuh anaknya beberapa hari sebelum kejadian “Namun dia tidak menceritakan kepada suaminya dan tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HRPZ II, hari ini.

Nur Kamelia berkata, kali terakhir keluarga berkenaan pulang ke kampungnya di Jal Kecik, Tumpat, pada Selasa lalu dan suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap. “Kali terakhir saya berjumpa mangsa, dia dilihat manja, manakala ibunya tidak menunjukkan sebarang sikap yang pelik.
“Kejadian ini sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana ibu mangsa juga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan suaminya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.45 petang tadi, seorang bayi perempuan berusia 82 hari mati dikelar dipercayai dilakukan ibunya yang berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini. Kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata jiran berkenaan melihat mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah
berkenaan dalam keadaan berlumuran darah. Katanya, siasatan awal polis mendapati, mangsa dikelar di kiri leher dengan pisau pemotong sayur. “Ketika kejadian, dua anak supek yang berusia 11 dan 8 tahun sempat keluar melarikan diri selepas melihat tindakan ibu mereka,” katanya kepada
media.

Suami mangsa, seorang anggota tentera, tiada di rumah ketika kejadian. Abdul Rahman berkata, polis belum mengenal pasti punca kejadian, sama ada suspek mengalami gangguan emosi. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk bedah siasat,” katanya.
Jenazah bayi perempuan berkenaan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jal Kecik malam ini.

Ketahui Punca Sebenar Penyakit Gila Meroyan & Cara Untuk Mencegahnya Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat mengatakan bahawa satu daripada sepuluh orang ibu menghidapnya. Namun kajian kini, seorang daripada empat ibu menghidap penyakit ini. Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari­hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan­perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Simpton Meroyan
– Mempunyai perasaan putus asa.
– Anda dihantui rasa bersalah.
– Merasa amat letih.
– Kerap menangis dan muram.
– Sentiasa berasa sunyi dan gelisah.
– Anda mengandaikan diri anda seperti terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa­masa tertentu. Tetapi, jika anda merasa tidak berdaya dan perasaan ini tidak reda­reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum. Biasanya ia berlaku apabila bayi anda berumur antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas bayi
dilahirkan. Sebelum itu, anda merasa gembira menjaga bayi anda. Kemudian, anda sedar kemurungan datang secara perlahan.

Apakah Punca Berlakunya Meroyan?
Meroyan mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan­perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Adakalanya, perkara­perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan­keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:

– Mempunyai masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
– Tiada sokongan dari suami, keluarga atau rakan­rakan.
– Masalah kewangan, kerja ataupun masalah rumahtangga yang membebankan.
– Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
– Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.

Cara Mengelakkan Dari Meroyan

a) Makan makanan yang sihat
Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak
bertenaga.

b) Bahan bacaan
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan
merasakan betul­betul terasing. Bacalah bahan bacaan mengenai ibu.

c) Bersikap baik terhadap diri sendiri
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara­perkara yang tidak perlu dibuat. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.

Kesimpulan
Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan tekanan dan terima semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan yakin anda rasakan apabila sudah mendapat bayi anda. Setengah doktor berpendapat bahawa jika anda mendapatkan suntikan hormon progesteron secara teratur selepas melahirkan, risiko meroyan
atau kemurungan posnatum akan berkurangan. Minta informasi lanjut daripada doktor anda.





0 comments:

Post a Comment