Sunday, 5 February 2017

Filled Under:

Selamba rompak RM88,000 di bank, polis terkejut dan kecut perut temui 'SENJATA' yang digunakan lelaki ini hingga buat staf bank itu terkencing dalam seluar

Selamba rompak RM88,000 di bank, polis terkejut dan kecut perut temui 'SENJATA' yang digunakan lelaki ini hingga buat staf bank itu terkencing dalam seluar 




Seorang warga Kanada yang merompak sebuah bank di Singapura dengan hanya bersenjatakan sekeping nota ugutan, didapati memberikan perhatian teliti cara memboloskan diri. David James Roach, 27, pelancong beg galas (backpacker) yang melarikan S$30,000 (RM88,000) dari Bank Standard Chartered cawangan Holland Village,
didapati menyimpan sekeping kertas dengan catatan bagaimana menyelamatkan diri daripada pihak berkuasa.

Antara caranya, menurut nota yang dijumpai polis Bangkok, ialah dengan memakai pakaian tidak bercorak, menggunakan teksi, dan berkelakuan biasa, akhbar Singapura The Straits Times melaporkan. Satu lagi catatannya ialah “buat duit”, ditulis di sebelah senarai tiga bandar raya: Singapura, Chiang Mai dan Dubai.

Pada 7 Julai, Roach memasuki Bank Standard Chartered di Holland Village, sebelum merompak dengan hanya bersenjatakan sekeping nota ugutan yang diserahkan kepada juruwang. Selamba rompak RM88,000 di bank, polis terkejut dan kecut perut temui 'SENJATA' yang digunakan lelaki ini hingga buat staf bank itu terkencing

“Ini rompakan, serahkan saya wang, jangan panggil polis, saya ada senjata,” menurut nota itu. Roach kemudian berjalan keluar dengan wang tunai S$30,000. Selepas pemburuan 54 jam, Roach ditahan di Boxpackers Hostel di daerah Ratchathewi, Bangkok, atas permintaan Singapura.

Seramai 100 anggota polis Thailand terlibat dalam operasi mencarinya, termasuk memeriksa 400 kamera litar tertutup di pusat membeli­belah Central World. Ahli keluarga Roach termasuk rakan perjalanannya melahirkan rasa terkejut selepas mendapat tahu mengenainya.

sumber:http://barulaviral.blogspot.my/2016/07/selamba-rompak-rm88000-di-bank-polis.html?m=1




0 comments:

Post a Comment