SAYU DAN PILU.... RUPANYA INI PUNCA SEBENAR MAYAT UJANG SAMUDERA DITEMUI DALAM KEADAAN MENYAYAT HATI... KESIANNYA YA ALLAH
Vokalis kumpulan Samudera iaitu Ujang ditemui mati di rumahnya di Felda Palong Timur, Segamat, Johor kirakira pukul 12 tengah hari, Selasa. Saudara angkatnya, Mohd Ismail N. Isa, 30, ketika dihubungi mStar Online memberitahu mayat berkenaan ditemukan oleh rakan sekerja Ujang yang datang melawat Allahyarham yang sudah enam hari tidak datang bekerja.
“Rakan sekerjanya bimbang tentang keadaan Ujang yang sudah enam hari tidak datang bekerja dan mengambil keputusan untuk melawatnya di rumah. “Bagaimanapun rakannya terkejut apabila menemui arwah di dalam biliknya sebelum menelefon saya memaklumkan perkara itu,” katanya.
Berita kematian penyanyi terkenal era 80an itu menjadi tular di media sosial apabila Ujang atau nama sebenarnya Sarfen Husin, 50an dikatakan sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu sebelum ditemukan.
Dalam pada itu, Ismail berkata, dia tidak dapat mengesahkan mengenai kebenaran dakwaan berkenaan namun memberitahu mayat Ujang ditemui berada dalam keadaan menyayat hati.
Kata Ismail, ketika ini pihak polis sudah berada di lokasi kejadian dan mayat dijangka dibawa ke hospital untuk bedah siasat. “Saya tak dapat pastikan sama ada benar atau tidak arwah meninggal tiga hari lalu seperti diperkatakan tetapi keadaan mayat yang ditemui seperti sudah beberapa hari meninggal dunia.
“Diharap tiada spekulasi yang tidak benar disebarkan di laman sosial dan samasama kita mendoakan yang baikbaik untuk Allahyarham,” katanya. Sementara itu, Ismail berkata, kali terkahir dia bertemu dengan Ujang pada minggu lalu apabila lelaki itu memberitahunya dia baharu pulang daripada hospital. Bagaimanapun Ujang tidak menyatakan penyakit dihidapinya sehingga memerlukan dia ke hospital. “Ujang masih belum berkahwin dan sejak tinggal di Felda berkenaan dia memang tinggal seorang diri.
“Saya mengenalinya selepas nenek saya mengambilnya sebagai anak angkat dan sejak itu kami rapat,” jelasnya. Ketika bersama kumpulan Samudera, Ujang sempat merakamkan beberapa buah album seperti Titian Hasrat (1993), Terminal Cinta (1994) dan Salam Sejahtera (1995). Mereka juga popular dengan lagulagu seperti Salam Sejahtera, Untuk Apa Kita Bertemu dan Bila Diburu Kenangan. Bagaimanapun pada 1997, Ujang menyertai kumpulan XRay dan popular menerusi lagulagu seperti Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku, Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja.
********************************
Berita meninggalnya Ujang vokalis band samudera telah meninggalkan sejuta kenangan kepada rakyat malaysia pada umumnya. beliau ditemui meninggal di rumahnya di Felda Palong Timur, Segamat, Johor kirakira pukul 12 tengah hari selasa selepas 6 hari tidak ditemui. Lebih mengejutkan apabila ujang nama sebenarnya Sarfen Husin dikatakan sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu sebelum ditemukan.
Kehidupan Ujang Samudera Sebelum Meninggal Untuk pengetahuan umum,sudah lama ujang yang sudah tidak aktif lagi dalam dunia musik papan atas, terakhir kali diketahui beliau bekerja di
sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur, Segamat johor. Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.Ujang masih belum berkahwin dan tinggal di Felda seorang diri. Kumpulan Samudera merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 80an[1] yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagulagu Melayu.
Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990an. Sebelum Ujang dan Jimmy menganggotai Kumpulan Samudera mereka pernah menganggotai Kumpulan Axthara. Pada 1993, Samudera mengeluarkan Album yang berjudul Titian Hasrat, Pada tahun 1994 Samudera sekali lagi mengeluarkan album yang berjudul Terminal Cinta. Bagaimanapun kumpulan ini paling dikenali pada tahun 1995 dengan lagu Salam Sejahtera. Pada 1997 Vokalist kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama XRay dengan album yang berjudul Sungguh Tak Ku Sangka, yang popular dengan lagu Sungguh Tak Ku Sangka,Airmata Dewiku,Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja.
0 comments:
Post a Comment