Wednesday, 1 February 2017

Filled Under:

GAMBAR 3 GADIS CANTIK YANG VIRAL IKAT BAYI DI TASKA BANGI BAKAL DIPENJARA 10 TAHUN

GAMBAR 3 GADIS CANTIK YANG VIRAL IKAT BAYI DI TASKA BANGI BAKAL DIPENJARA 10 TAHUN 




ikat bayi & kanak kanak di taska bangi,3 wanita dijerat 10 Tahun penjara|Seorang pemilik taska bersama dua pekerja didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang bayi serta dua kanak-kanak yang gambar mereka diikat menggunakan kain lampin tular di laman sosial baru-baru ini.

Pemilik taska, Sayani Ahmad, 46, penyelia, Nur Azureen Mohamad Nordin, 24, dan pekerja, Nur Hazirah Mohd Azuki, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 10 pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, Sayani didakwa atas empat pertuduhan, termasuk menganiaya seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Nurhazirah dan Nur Azureen masing-masing didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan menganiaya mangsa yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman sama.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.

Selain itu, mahkamah kemudian menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Dulu minggu lalu, sekeping gambar dimuat naik di Facebook (FB) menunjukkan beberapa kanak-kanak diikat menggunakan kain lampin dan tangan ketika berada dalam jagaan pengasuh di taska terbabit.




0 comments:

Post a Comment