Saturday, 4 February 2017

Filled Under:

ZALIM DAN DASHAT ! Akhirnya Ben Nathan Dedah Punca Sebenar Dia Jadi Begini ! Memang KEJAM Lah Orang Yg Buat Dia Sampai Macam Ni !

ZALIM DAN DASHAT ! Akhirnya Ben Nathan Dedah Punca Sebenar Dia Jadi Begini ! Memang KEJAM Lah Orang Yg Buat Dia Sampai Macam Ni !




Ben Nathan (kanan) masih mengenali DJ Dave dan mempunyai daya ingatan yang kuat ketika bercerita mengenai penglibatannya dalam bidang seni.

PETALING JAYA: Penyanyi yang popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati, Ben Nathan mungkin berhadapan tekanan perasaan termasuk ditipu oleh pihak tertentu hingga menyebabkan dia menghadapi masalah kesihatan.

Menurut Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave, Ben yang ditemuinya sebanyak tiga kali sejak enam bulan lalu sering memberikan alasan kononnya dia perlu ke Jakarta bagi menyelesaikan urusan rakaman lagu.

"Dia sering ulang mengenai Jakarta. Dia kata hanya boleh ikut saya (untuk dibantu) selepas dia pulang dari Jakarta...ada rakaman lagu di sana katanya. Mungkin itu adalah puncanya, mungkin ada orang tipu dia.



"Bila saya minta nombor telefonnya untuk dihubungi, dia pula minta kad nama saya dan berjanji untuk hubungi saya. Tapi akhirnya senyap begitu sahaja. Saya harap pakar boleh pastikan apa sebenarnya masalah yang dihadapi Ben," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi mStar Online bagi mengulas mengenai perkembangan penyanyi era 80an itu selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani rawatan mental pada Khamis. DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah bertanggungjawab memujuk Ben menjalani rawatan selepas dipujuk selama lebih 30 minit di Brickfields.

Mengulas mengenai tahap kesihatan Ben berdasarkan tingkah laku dan cara percakapannya, DJ Dave berkata bekas penyanyi itu mempunyai daya ingatan yang kuat. "Saya harap dia akan pulih sepenuhnya secepat mungkin kerana dia seperti tidak berhadapan masalah yang serius. "Dia masih ingat nama saya, ingat nama adiknya yang turut bersama saya semalam dan bercerita mengenai apa yang pernah kami lakukan dahulu," katanya.

Selain itu menurut DJ Dave, buat masa ini keluarga Ben bersetuju supaya dia ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan. "Selepas selesai rawatan di HKL, JKM akan ambil alih kes Ben. Mereka akan bantu dan pantau perkembangannya dari masa ke masa," katanya.

Menurut DJ Dave lagi, YA1M kini sedang merancang untuk melancarkan kutipan dana bagi membantu Ben menerusi persembangan khas atau mini konsert. "Kita akan buat persembahan khas untuk dia bagi mengutip dana. Tapi buat masa ini perkara paling penting ialah supaya dia diberikan rawatan.

"Saya mahu dia turut sama menyanyi dalam konsert itu nanti. Semalam dia menyanyi di depan kami, suara masih sedap malah ingat semua lirik lagunya dengan baik," katany




0 comments:

Post a Comment