Thursday, 19 January 2017

Filled Under:

ANAK LUKIS LUKISAN DICABUL, SELEPAS DISIASAT... YA ALLAH... IBU TERKEJUT BERUK DUNIA !’

ANAK LUKIS LUKISAN DICABUL, SELEPAS DISIASAT... YA ALLAH... IBU TERKEJUT BERUK DUNIA !’




Seorang ibu telah menjumpai lukisan anaknya. Beliau amat terkejut, namun enggan mempercayai apa yang dilihatnya. Beliau sedar, anaknya yang berusia 10 tahun cuba menyampaikan sesuatu bukan secara langsung (saya pasti), kerana lukisan berkenaan adalah sebahagian dari diari milik anaknya, yang terdapat di dalam kotak kristal hasil dari kelas seni. Walaubagaimanapun, beliau mengambil lukisan berkenaan dan berbual dengan anaknya.

Anaknya agak tidak gembira kerana beliau menjumpai lukisan itu. Menurut anaknya, itu bukanlah lukisan terkini dan enggan membincangkan perkara berkenaan. Si ibu tidak mempercayainya. Beliau cuba berbincang dengan si suami, yang tidak memahami perkara berkenaan. Si ibu berbincang dengan ibunya. Ibunya mengambil lukisan berkenaan dan tidak pasti samada ibunya membuang atau menyimpan lukisan berkenaan. Namun, beliau tidak berjaya memperolehi semula lukisan berkenaan.

Beliau menghubungi saya.
Saya memintanya agar membuat laporan polis. Namun tidak dipersetujui oleh si suami, ia hanya sebuah lukisan. Itu sahaja. Ibunya (nenek kepada anak berkenaan) yang telah mengambil lukisan berkenaan juga tidak berkata apa-apa. Jadi, mereka membuat keputusan untuk melupakan perkara berkenaan.

Si ibu bagaimanapun membuat laporan polis dan berjaya mendapatkan seorang IO untuk bersama-sama D11 dan VCO juga. Ketika sesi soal siasat yang mengambil masa selama 5 jam, mereka mendapati penemuan lain pula.

Anak berkenaan akhirnya bertanya “Selamat ke nak cerita sini?”

Mereka kemudiannya mendapati ia bukan sekadar lukisan, ia benar-benar terjadi ketika anak berkenaan berusia 5 tahun oleh seseorang yang rapat dengan keluarga berkenaan. Saudara terdekat. Polis membuat laporan berdasarkan penemuan baru berkenaan.
Polis meminta ibu menceritakan diskripsi orang yang dimaksudkan.

Si ibu kebingungan. Beliau kenal orang yang dimaksudkan dan memberi kerjasama kepada pihak polis.

Kemudiannya ditahan reman untuk soal siasat.
Pada masa yang sama, seluruh keluarga menjadi kecoh. Menyalahkan si ibu kerana tidak membiarkan perkara berkenaan diselesaikan secara senyap sesama ahli keluarga sahaja. Si suami juga tidak menyokong si ibu. “saya cakap dah” adalah kata-kata terakhirnya.
Ditekan, si ibu membuat keputusan untuk menarik balik laporan berkenaan. Beliau menghubungi saya dan IO untuk bantuan tarik balik report polis.
Sekali lagi beliau bertanya kepada anaknya "Cakap betul-betul. Sapa buat? Ke A salah cakap"
Awalnya, anaknya mengangguk, kemudian setelah beberapa kali beliau mulai meragui dirinya sendiri.

Tolong saya Syed, saya nak tarik report dan selesai cara keluarga.
Ok, saya jawab. Cuba terangkan pada saya bagaimana cara tu.
Beliau tidak menjawab.

Terkini tentang kes ini? Saya biarkan begitu sahaja. Tugas saya hanyalah untuk memastikan si ibu kekal dengan laporannya dengan pihak polis.

Hari ini, terdapat sebuah laporan tentang seorang anak gadis yang meninggalkan bayinya sehingga bayi berkenaan menemui ajal. Si gadis adalah seorang bijak pandai, dengan rekod CGPA yang cemerlang lalu diberikan peluang. Saya tidak pasti keseluruhan kes berkenaan, itu sahaja fakta yang saya fahami. Ianya dimaklumkan kepada saya melalui si ibu.

Si pemangsa juga adalah seorang pelajar cemerlang, pelajar contoh.
Saya bertanya lagi, siapa yang puan lindungi?
Jawabnya, anaknya.
Saya tanya lagi, puan perlukan seseorang untuk berbincang?
Jawabnya, saya adalah seorang ibu dan saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya.
Saya bertanya lagi, puan mahu bercakap dengan seseorang tentang apa yang terbaik untuk puan?
Tak perlu. Saya kebuntuan.
Saya juga bercakap tentang pemangsa, beliau masih seorang minor (bawah umur) ketika perkara berkeaan terjadi, puan tidak mahu membantunya?

Cara keluarga.
Encik Syed, hancur masa depan pemangsa tu kalau saya teruskan dengan laporan polis! Encik Syed bukan berada dalam keadaan saya. Mana encik paham!
Benar. Saya bukan berada di tempat puan, tapi saya fokus hanya pada anak perempuan puan itu sahaja.

Saya faham perkara ini akan menjadi panjang, tapi tidak mengapa. Anak gadisnya kini kembali senyap, menyedari kekecohan yang terjadi.

Puan, anak puan tak pernah lupa malah lama betul dia menyimpan cerita ini selama ini. Apa maknanya tu.
Mungkin dia salah ingat orang, inilah yang dikatakan oleh si ibu.

Terdapat begitu ramai pihak yang perlu dinyatakan di sini dari sudut pandangan masing-masing.
Biarlah ini menjadi satu pengajaran.
Gambar berkenaan bukanlan gambar sebenar. Maklumat detail juga telah diubah.
Di dalam tugas saya, biarpun tidak sempurna, saya amat mempercayai bahawa untuk terus memberitahu kanak-kanak tentang tempat selamat, biarpun di rumah, di sekolah mahupun di tempat lain seperti di rumah datuk dan nenek adalah amat penting. Ini memberikan peluang yang lebih baik kepada kanak-kanak.

Jika mereka faham tentang tempat selamat, sekurang-kurangnya mereka tahu di mana untuk berkongsi apa yang telah terjadi.

Keduanya, ini bukan tentang kerahsiaan. Ada rahsia baik, ada rahsia tidak baik. Secara keseluruhannya, kanak-kanak perlu tahu di tempat selamat, mereka selamat untuk bercerita sebarang rahsia.

Akhir sekali, saya amat mempercayai gerak hati kanak-kanak. Jika mereka tidak selesa, takut atau yang sepertinya, mereka akan memperkatakannya. Dengarlah mereka. Inilah caranya mereka akan menceritakan semua dengan selesa. Berlatihlah untuk menangani pendedahan dari mereka. Tolonglah.
Syed Azmi.





0 comments:

Post a Comment