INILAH VIDEO (GAMBAR TERANG) OKU PENJUAL TISU SEDANG MASUKKAN DUIT DI BANK YANG TELAH DITULARKAN,MEMANG BANYAK!!!!!
KEMASKINI
Johor Bahru: Wanita penjual tisu yang tular di media sosial kononnya menyamar buta mengaku mempunyai RM14,000 di dalam akaun peribadi tetapi RM11,000 daripada wang itu milik beberapa rakan hasil aktiviti sama.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, wanita berusia 42 tahun itu tampil ke pejabatnya hari ini bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Katanya, ibu kepada dua anak berusia 19 dan 22 tahun itu memberitahu dia bukan menipu masyarakat dengan menyamar sebagai orang buta seperti yang disebar kerana mereka memang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
"Wanita itu tidak buta tetapi OKU penglihatan tahap B2 (rabun yang teruk), manakala anaknya juga OKU mempunyai masalah sama.
"Wanita berkenaan mengakui menjual tisu di tempat tumpuan ramai termasuk restoran dan memperoleh pendapatan kira-kira RM40 sehari untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suami (warga Indonesia) yang bekerja sebagai buruh binaan tidak mencukupi," katanya.
Manayi berkata, wanita itu juga mendakwa daripada RM14,000 yang dimasukkan ke dalam akuannya, hanya RM3,000 miliknya manakala baki milik rakan yang juga OKU menjual tisu dan ia akan dikembalikan.
"Kenyataan wanita berkenaan akan disiasat bagi mengenal pasti kesahihannya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 4:19 PM
Sumber : HMetro
Rujukan : http://www.hmetro.com.my/node/195922
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay hari ni terpaksa cakap lagi.
Jujur Mimi cakap memang ni duit makcik Linda.
Semua duit dia hasil jual tisu.
Dan hari ni masih ramai lagi yang saya nampak post video ni untuk apa?
Untuk malukan orang blind ke?
Untuk "bela" nasib orang-orang celik MATA yang dah ter ter ter derma duit dekat makcik ni dan rasa menyesal sebab selama ni anda semua terderma dekat orang blind yang jual tisu ?
😏☺️☺️☺️☺️
Mimi pun tak tahu nak rasa apa sekarang.
Rasa nak pergi explain satu-satu dekat orang luar sana bertapa banyaknya KATEGORI BUTA NI.
Makcik ni kerja bawa tongkat SEBAB waktu malam.
Buta B2+ kan saya dah kata penglihatannya kurang jelas. Tambahan pula di kala malam.
Jarak penglihatan mencecah sejauh 0-50meter sahaja.
Makcik ni pergi bank di waktu siang.
Cerah, terang.
Dan semestinya lah dia nak deposit duit kecil, bank buka petang je kan.
B2+ ada yang boleh jalan sendiri, ada juga yang saya kenal tak boleh jalan sendirian sebab silau.
Tentang duit yang makcik ni letak atas kaunter ni.
Ya saya pun tak buta.
Banyak tu!
Tapi awak tahu ke duit ni dia kumpul berapa lama?
Sehari eh? Lepas sehari kerja jual tisu kami boleh dapat duit RM14k ni ke?
Saya berani tanya ni sebab saya pernah jual tisu, saya tahu pendapatan Ummi, Ayah dan Papa berbusking selama berbelas tahun.
Dan anda semua tahu ke dekat KL makcik ni pun ada berniaga sampingan?
Jual barang kesihatan?
Jual kuih?
Jadi pengasuh?
Ingat orang blind tak boleh buat kerja macam ni ke?
Dan boleh fikir tak kenapa kami yang blind ni buat kerja sampingan?
Sebab kerja JUAL tisu tak cukup nak sara keluarga.
Yang saya suka sangat, kenapa perlu pegawai bank ni rakam?
Kenapa tak tanya makcik ni depan-depan?
"Kak banyaknya duit".
Sebab apa rakam?
Sebab tak pernah nampak orang blind pun boleh simpan duit,
Pandai simpan duit,
Tak boros macam sesetengah orang, pantang nampak duit banyak, pergi rakam.
Sebab tu dekat Malaysia yang tercinta ni banyak menolak OKU PENGLIHATAN nak buka akaun dekat bank, sebab mata buta.
Tak boleh tandatangan, tak boleh jadi saksi sebab buta.
Ingat yang ada tangan cukup, kaki cukup tu boleh jadi pemimpin yang adil?
Saksi yang telus ke?
Cukuplah saya kata, sebelum allahyarhamah Ummi pergi,
Ummi ada simpanan duit yang nak di bank in ke syarikat kereta Alza yang Ummi kumpul duit berbulan-bulan, baru dapat beli.
Beli pun dekat kedai kereta terpakai sebab Orang Blind TAK BOLEH buat loan kereta untuk mohon kereta baru.
Pegawai bank siap tanya,
"Adik ni teman makcik ( Ummi saya ) ni ke?".
Saya jawap ya.
Tanpa tanya siapa saya, dia terus kata,
"Banyak ya duit orang jual tisu ni".
"Banyak seringgit kak, jual tisu ke?".
Saya pantang kalau ada orang Malaysia yang bijak, yang celik mata, yang bapa orang, yang mak orang, yang siswazah, yang siswi pun nak sedap hati kata,
"Lagi bagus derma dekat masjid ".
"Kalau aku tahu dari dulu kena tipu dengan orang buat-buat buta ni, baik aku bagi orang miskin".
Kalau betul nak derma, derma je lah.
Siap kata anda semua ni teraniaya.
Tahukah anda pun dah dapat satu saham dengan mengeluh pemberian wang derma tu kepada orang blind selama ni?
Sematkan dalam hati,
Manusia pergi dengan amalan semasa hidup.
Amalan apa yang kita buat selama ni?
fb -mimi atiqah
0 comments:
Post a Comment