Tuesday 7 February 2017

Filled Under:

PEMUDA KEJAM INI MENGAKU CAMPAK KUCING DARI TINGKAT ENAM SEBELUM KE BAWAH DAN HEMPAS LAGI DUA KALI SEBAB DIA MELAKUKAN DEMIKIAN AMAT MENGEJUTKAN!!!

 PEMUDA KEJAM INI MENGAKU CAMPAK KUCING DARI TINGKAT ENAM SEBELUM KE BAWAH DAN HEMPAS LAGI DUA KALI SEBAB DIA MELAKUKAN DEMIKIAN AMAT MENGEJUTKAN!!!



SINGAPURA: Seorang pemuda Singapura mengaku di mahkamah bertindak kejam dengan mencampakkan seekor kucing betina dari tingkat enam pangsapurinya selepas mengumpan binatang berkenaan dengan makanan.

Menurut Timbalan Pendakwaraya Soh Weiqi, tertuduh, Ashraf Fajar Ali, 25, seorang pekerja restoran mengaku berbuat demikian di Blok 884, Tampines Street 83, Singapura akibat rasa marah kerana kucing berkenaan enggan datang kepadanya setelah dipujuk berkali-kali

Menurut fakta kes, selepas Ashraf mencampakkan kucing berkenaan dari tingkat enam, beliau kemudian ke tingkat bawah dimana lokasi binatang berkenaan jatuh lalu mengangkat kucing berkenaan sebelum menghempasnya ke tanah sebanyak dua kali.

Kata Soh, seorang wanita yang tinggal dihadapan lokasi binatang malang itu jatuh terdengar bunyi bising sebelum keluar ke perkarangan rumahnya dan melihat Ashraf sedang menghempas kucing berkenaan.

Wanita tersebut kemudiannya membuat laporan kepada polis.

Ashraf ditahan polis lima hari selepas itu dan sewaktu pertuduhan dibacakan di mahkamah semalam, beliau mengaku bersalah diatas pendakwaan terhadapnya.

Ujar Soh lagi, tiada petunjuk bahawa pemuda berkenaan mengalami masalah mental sewaktu bertindak kejam terhadap kucing berkenaan.

"Dalam kes ini, beliau menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap binatang yang tidak mampu untuk melindungi dirinya," katanya.

Hukuman belum ditetapkan dan mahkamah ditangguhkan sehingga 6 Mac depan.

Sementara itu, netizen ramai mengecam tindakan kejam Ashraf sambil menyifatkan beliau patut masuk ke neraka.

"Kan lagi baik jika dia juga dikenakan hukuman sama. Tengok macam mana rasanya jatuh dari tingkat enam. Mana tahu dia boleh terbang macam burung," kata Hisham Idris.

"Binatang boleh kenal orang yang mereka tak percaya.. Kenapa kamu rasa kucing tu tak mahu datang dekat? Mereka boleh rasakan sesuatu yang jahat mengenainya. Dia ni patut disumbat dalam kandang harimau.. tengok kalau itu boleh jadi pengajaran buatnya," jata Ken Robert


SUMBER:http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/657037-pemuda-kejam-ini-mengaku-campak-kucing-dari-tingkat-enam-sebelum-ke-bawah-dan-hempas-lagi-dua-kali.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=malaysian+digest





0 comments:

Post a Comment