Thursday 9 February 2017

Filled Under:

KELANTAN: KENA KUARANTIN DI HOSPITAL, 40 SEKELUARGA DISERANG ‘VIRUS MISTERI’ ADA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

KELANTAN: KENA KUARANTIN DI HOSPITAL, 40 SEKELUARGA DISERANG ‘VIRUS MISTERI’  ADA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.


KOTA BARU, 9 Feb — Seramai 40 ahli keluarga dikuarantin di hospital kerana disyaki diserang “virus misteri” selepas bercuti di Kajang baru-baru ini.

Serangan virus itu menyebabkan seorang daripada ahli keluarga itu, berusia 59 tahun, meninggal dunia dan seorang lagi kritikal, lapor Sinar Harian.

Pengarah kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata kes tersebut, semuanya dirawat di Hospital Tanah Merah, kini dalam siasatan.

Seorang pesakit wanita, 23 tahun, mendakwa bapa saudaranya itu diserang batuk teruk hingga sesak nafas sebelum meninggal dunia.

“Hospital mengesahkan dia meninggal dunia akibat jangkitan pneumonia sedangkan dia tidak mempunyai masalah kesihatan pun sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi anggota keluarganya — semuanya dari Kampung Panglima Bayu — mengalami simptom sama dan berada dalam kritikal selepas bapa saudaranya meninggal dunia.

“Secara tiba-tiba, seorang lagi saudara saya yang berusia 28 tahun pula kritikal dan kini dirawat di unit rawatan rapi kerana disahkan dijangkiti kuman dalam paru-paru tidak sampai 24 jam kematian bapa saudara,” katanya.

Wanita itu berkata mereka pada awalnya mengesyaki keracunan makanan kerana makan bersama-sama di sebuah restoran di kompleks beli-belah di Kajang ketika bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

“Sesetengah kami mengalami sesak nafas dan batuk, saya pula diserang asma, manakala kanak-kanak pula terkena cirit-birit,” katanya lagi seperti dilaporkan.

KONGSI ARTIKEL INI

sumber:http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kena-kuarantin-di-hospital-40-sekeluarga-diserang-virus-misteri




1 comments:

  1. Slot machines, street vendors - MapyRO
    A map showing slot machines, street vendors 제천 출장안마 and gambling establishments located in Chicago. Chicago, IL 60628; 동해 출장안마 Chicago, IL 양주 출장샵 80628; St. 서산 출장마사지 Louis, MO 60628; St. Louis, 김천 출장샵 MO.

    ReplyDelete