Friday 25 November 2016

Filled Under:

BIODATA SEBENAR PASANGAN YANG MENGASARI ANGGOTA PENGUATKUASA MBSA BUKAN CALANG-CALANG ORANG...PATUT LA MBSA ARAH KAKITANGANNYA TARIK BALIK LAPORAN POLIS,,,RUPANYA ANAK SEORANG...

BIODATA SEBENAR PASANGAN YANG MENGASARI ANGGOTA  PENGUATKUASA MBSA BUKAN CALANG-CALANG ORANG...PATUT LA MBSA ARAH KAKITANGANNYA TARIK BALIK LAPORAN POLIS,,,RUPANYA ANAK SEORANG...

SHAH ALAM: Dua individu yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari. 

Hukuman dijatuhkan Majistret P Sarulatha selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari. 

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta. 

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. PASANGAN suami isteri, Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat





8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bila satu2 perkara yg melibatkan orang2 yg berpengaruh,semua tuntutan bolih dibatalkan.Dengan diberi bermacam macam alasan. Bodoh sangat ke kita sehingga tak dpt bandingkan pegawai tugasan dan anak sekolah. Alasan yg tak logik langsung

    ReplyDelete
  4. Bila satu2 perkara yg melibatkan orang2 yg berpengaruh,semua tuntutan bolih dibatalkan.Dengan diberi bermacam macam alasan. Bodoh sangat ke kita sehingga tak dpt bandingkan pegawai tugasan dan anak sekolah. Alasan yg tak logik langsung

    ReplyDelete
  5. Penyelesaian yang bakal membawa implikasi mendalam dan jangka panjang.

    ReplyDelete
  6. banyak ke kerajaan negeri dapat sampai suruh MBSA arakan mangsa batalkan laporan polis - kerajaan Pintu Gerbang singkek 12 juta ini memang pelik

    ReplyDelete
  7. Kejadian telah berlaku. Ada lebih bertamadun dan berikhlak tinggi jika diselesaikan dengan mengaku salah dan meminta maaf dan memohon ditarik balik tuduhan daripada memberi alasan bodoh mengenai pakaian seragam Penguat kuasa. Umum faham dan tak sakit hati diperbodohkan.

    ReplyDelete
  8. Mcm2...alasan yg xleh dterima akal. Bodoh sgt ke sampai xleh bezakan uniform kakitgn mbsa & uniform sekolah??? Hahaha...yg ni kelakar!!!

    ReplyDelete