Wednesday 23 November 2016

Filled Under:

ALLAH ! ALLAH ! Saksi Dedah Cerita Sebenar Macam Mana Pemandu Lori Boleh TERGELEK Pegawai JPJ !Betul Ke Bukan Salah Pemandu Lori ???

ALLAH ! ALLAH ! Saksi Dedah Cerita Sebenar Macam Mana Pemandu Lori Boleh TERGELEK Pegawai JPJ !Betul Ke Bukan Salah Pemandu Lori ??? 

Shah Alam: Mohd Ridzuan dijemput ajal ketika bertugas dia maut dengan tragis akibat digilis treler, apa yang berlaku amat meyedihkan kecuai pemandu treler menyebabkan arwah maut.
Harian metro melaporkan seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang dalam operasi, maut selepas dilanggar treler di hadapan Plaza Tol Setia Alam, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Mohd Ridzuan Yusoff, 32, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas digilis kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisisoner Shafien Mamat berkata, siasatan polis mendapati mangsa baru selesai memeriksa pemandu sebuah lori kontena yang berada di hadapan treler berkenaan.

"Mengikut maklumat, pemandu treler berkenaan berhenti seketika di bahu jalan kerana hendak menelefon seseorang.

"Pemandu treler berusia 68 tahun itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan dipercayai tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaannya sebelum melanggar dan menggilisnya.
"Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.AL-FATIHAH 




0 comments:

Post a Comment