Monday, 21 November 2016

Filled Under:

Sakit Dua Jam Sebelum Konsert Semalam,,Rupany ZARUL Juga Terkena...

Sakit Dua Jam Sebelum Konsert Semalam,,Rupany ZARUL Juga Terkena...

Selepas pengacara GegarVaganza 3 (GV 3), Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjelaskan kepada juri jemputan, Mamat Khalid mengenai keadaan Zarul, peminat mendoakan agar bintang pujaan mereka itu pulih seperti sedia kala.

Ucapan selamat oleh para pengikut Zarul dapat dilihat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG)nya.

Namun, ada juga pengikut yang mula membuat spekulasi mengenai keadaan Zarul yang jatuh sakit tiba-tiba pada konsert suku akhir GV 3.

Bagaimanapun bintang yang dikatakan paling konsisten persembahannya sepanjang GV 3 berlangsung itu tidak memberikan sebarang komen balas.

Imbas kembali malam konsert yang berlangsung pada malam Ahad itu, persembahan Zarul dilihat agak kurang menyengat berbanding minggu-minggu sebelumnya.


Malah Mamat Khalid juga dilihat teragak-agak untuk memberikan komen terhadap vokalis kumpulan Umbrella itu sehingga Nabil memberitahu kepadanya Zarul ‘sakit perut’ dan baru pulang dari hospital sebelum bergegas ke pentas dan meneruskan persembahannya seperti biasa.

Zarul yang menyanyikan lagi Fantasia Musim Cinta, bagaimanapun dilihat positif menerima komen Mamat Khalid dan bakal meneruskan perjuangannya di minggu separuh akhir GV 3, Ahad depan.

Bintang GV3 itu tiba-tiba 'jatuh sakit' dua jam sebelum konsert bermula dan berada dalam keadaan kurang sedar sehingga dibawa ke hospital untuk rawatan.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu ketujuh GV 3 bakal membawa tema Berdua Lebih Baik menyaksikan tujuh bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.




0 comments:

Post a Comment