DEMI PEMINATNYA!! AKHIRNYA Elly Mazlein Ambil keputusan kembali ke Gegar Vaganza 3...
Penyanyi, Elly Mazlein, tidak menolak kembali ke Gegar Vaganza 3 (GV3) jika diberi peluang berbuat demikian menerusi sistem imuniti milik penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida.
Walaupun pernah mengeluarkan kenyataan beliau takkan bertanding lagi sebaik saja mengambil keputusan untuk menarik diri ketika konsert minggu keempat, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, bersedia menimbang semula pendiriannya demi peminat.
Elly Mazlein sedia timbang keputusan, ingin kembali ke Gegar Vaganza 3 demi peminat
“Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.
“Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula.
“Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu.
“Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Fesyen Neng Geulis di sebuah hotel, di sini, sebentar tadi.
Penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu bukan saja menjalankan tugas sebagai duta, malah turut menyumbang idea untuk koleksi sedia dipakai keluaran jenama fesyen tempatan itu.
Hujung minggu lalu, Vida mengumumkan bakal menggunakan imuniti yang diberikan kepadanya untuk membawa masuk peserta yang sudah terkeluar daripada program realiti popular itu.
Sehingga kini, empat peserta diumumkan tersingkir daripada rancangan terbabit. Mereka ialah Razis Ismail, Rem, Elly dan Shidi (Data).
Mengulas isu komen negatif dilemparkan artis berpengalaman, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, di laman sosial ketika isu penyingkirannya menjadi kontroversi, baru-baru ini, Elly mengaku terkilan dengan sikap pelakon filem Azura itu.
“Dia (Ogy) boleh memilih cara lain untuk memberikan komen atau mengkritik saya, tetapi mengapa dirinya menggunakan laman sosial untuk berbuat demikian?
“Walaupun dia membuat serangan peribadi, saya tetap menghormatinya sebagai seorang yang lebih berusia dan berpengalaman daripada saya,” katanya.
Selain kisah konflik rumah tangga dan isu orang ketiga, nama Elly terus menjadi panas apabila beliau mengambil keputusan untuk menarik diri daripada GV3 selepas berkecil hati dengan komen dikeluarkan juri tetap, Datuk Ramli MS.

0 comments:
Post a Comment